Wednesday, June 21, 2017

Redakan Bengkak Kaki Ketika Hamil

Bengkak kaki dah macam kaki gajah katanya. Tak sakit ke? Macam tegang sangat. 


Itu biasa kita tengok bila seseorang ibu hamil lagi-lagi saat kandungan masuk 7 bulan dan ke atas.


Bengkak kaki ketika hamil atau EDEMA ada perkara biasa kerana tubuh badan ibu hamil menyimpan 50% cecair daln tubuh dan darah bagi keperluan tumbesaran bayi dalam kandungan.


Berat badan dan tumbesaran bayi juga memberi tekanan dan dipindahkan kepada sistem peredaran darah yang membawa darah ke bahagian kaki kembali ke jantung.

Redakan Bengkak Kaki Ketika Hamil

5 tip redakan bengkak kaki ketika hamil yang boleh dibuat secara ringgan dan merehatkan ibu yang hamil.


1.Kurang Pengambilan Garam

Masalah bengkak kaki akan lebih menjadi serius sekiranya ibu hamil mempunyai tekanan darah tinggi atau pregnancy induced hypertension.




2. Jangan Duduk / Berdiri Terlalu Lama

Jangan duduk atau berdiri atau dalam satu posisi terlalu lama.




3. Tinggikan Kaki Semasa Tidur

Tinggikan sedikit kaki dari badan semasa tidur seperti meletakkan bantal pada kaki. Ianya boleh meredakan bengkak kaki.



4. Minum Air Kosong 

Dengan meminum air kosong sedikit-sedikit tetapi kerap membolehkan badan mendapat bekalan air dengan teratur dan menghindarkan ibu hamil dari dihedrasi.



5. Beremdam Dalam Air

Berehat atau meremdam dalam air lebih menenangkan dan boleh meredakan kaki yang bengkak.



Bengkak kaki adalah sementara. Ada kata-kata dari orang tua-tua, bila kaki mula reda bengkaknya, insyaallah tak lama lagi nak bersalin. Kakyan pun tak pasti kesahihannya, tapi atas pengalaman, ianya memang terjadi.


Sebagai tambahan untuk ibu hamil kekal sihat dan bertenaga ketika hamil dan juga kesihatan bayi dalam kandungan, ibu hamil perlu nutrisi yang secukupnya seperti Vit B, Vit C, Iron, Asid folik, kalsium dan sebagainya.


Gaya kandungan dan beri yang terbaik untuk zuriat anda.

Selamat Mencuba.





Salam Ukhwah Sihat
-Kak Yan-





No comments: