Tekanan darah tinggi ketika hamil atau Pregnancy Induced Hypertension akan didiagnoskan kepada ibu yang hamil apabila becaab tekanan darahnya 140/90 dan ke atas.
Tekanan darah tinggi ada 2 jenis bagi ibu yang hamil.
1. Gestational Hypertension
Tekanan darah tinggi ketika hamil selepas 20 minggu hingga 12 minggu melahirkan anak dan ujian air kencing menunjukkan tiada protein.
2. Chronic Hypertension
Tekanan darah tinggi ketika hamil sebelum 20 minggu atau selepas 12 minggu melahirkan anak dan ujian air kencing menunjukkan tiada protein.
Sekiranya ibu hamil yang telah didiagnos mengidap darah tinggi dan ujian air kencing mempunyai protein, ianya perlu dirawat segera bagi mengelakkan kemudaratan kepada bayi dalam kandungan dan ibu itu sendiri. Ianya dipanggil Preeclampsia.
Darah tinggi ketika hamil tiada amalan pencegahan yang boleh diberikan hanya boleh dikawal dengan pemeriksaan berkala dan pantauan pihak hospital.
Disamping itu, amalan pemakan yang seimbang dan rehat yang cukup serta kurangkan stress di tempat kerja sangat membantu mengawal tekanan darah tinggi ketika hamil.
Pemakanan supplemen juga sangat digalakkan.
Salam Ukhwah Sihat
-Kak Yan-
No comments:
Post a Comment