Tuesday, June 20, 2017

Bosannya Lipat Kain

Bila dah bangun lambat, semua dicari tak jumpa. Walhal ada je. Kain dan bertimbung bergunung-gunung. Malasnya nak lipat kain.

Kita share sesama tip-tip untuk jadikan lipat kain satu daripada kerja harian yang menyeronokkan. 

♡ lipat kain setiap hari
Setiap hari kita akan basuh kain, kalau boleh lepas angkat terus lipat. Jangan tangguh-tangguh.

♡ jangan longgok atau campur kain baju dengan cadar atau kain yang besar
Kain seperti cadar atau tuala jangan campur atau lebih mudah angkat terus lipat dan asingkan supaya tak nampak banyak.

♡ tak perlu sediakan tempat letak kain yang belum lipat atau bakul besar
Kalau ada tempat khas untuk kain yang belum lipat, memang lagi lambat la kain nak lipat. 
♡ menonton tv sambil lipat kain sekeluarga
Boleh jadikan aktiviti sekeluarga menonton tv sambil lipat kain. Pasti menyeronokkan.

♡ asingkan kain baju setiap ahli keluarga
Jika memang terlalu sibuk, asibgkan setiap baju ahli keluarga dan lipat berperingkat supaya kain baju tak makin banyak.

Mudah bukan... pasti menyeronokkan dan hati jadi lebih tenteram tengok rumah xde kain baju berlonggok.

Selamat mencuba.


Salam Ukhwah Sihat
-Kak Yan-



No comments: