Saturday, December 10, 2016

Gigi Kekal Tercabut Boleh Pasang Kembali

Gigi Muhammad tercabut sebab jatuh longkang kat sekolah. Gigi along juga tercabut sebab main bola kena kaki orang kat muka. Biasalah kan, bila anak semua lelaki. Budak-budak ni bukannya mahu duduk diam… kalau berjalan pun mesti nak sambil berlari-lari. Itulah anak Kakyan kan 6 orang, semua lelaki.


Masa along darjah 6, kira-kira 5 tahun yang lalu…dia main bola dengan adiknya, si angah. Entah macamana mainnya, kaki angah kena gigi along. Giginya berdarah. Dah kumur-kumur pun masih berdarah tapi sedikit sahaja. Kakyan pun ambik tisu tekap-tekap kat gigi, SEKALI TU, giginya tercabut. Seram pulak tengok, panjang betul gigi kekal. Maka terakhirlah riwayat sebatang gigi along kat gusi yang tiada gigi.


Bila dah masuk form 1, Kakyan pun bawak la along g klinik gigi untuk rawatan biasa. Bila doctor check, gigi alaong dan missing 1. Walaupun tak berapa Nampak, sebab bila dan makin besar, gigi yang lain merapat pada gusi yang kosong tu. Bila cite ngan doctor macamana boleh missing, doctor pun bagitau, gigi tu boleh diselamatkan jika cepat. LA… MANA LA KAKYAN TAU…


Kejadian yang hampir sama berlaku pada Muhammad, anak kakyan yang ke-4. Main lari-lari kat sekolah jatuh kat longkang kecik depan kelas. Luka kat muka dan gusi. Gusinya berdarah. Kakyan tengok giginya longgar dah… ni compom dah tercabut… terus teringat kat doctor yang check gigi along dulu, masih ingat pesanannya, Alhamdulillah, gigi Muhammad dapat diselamatkan. Hingga kini, Muhammad masih dalam rawatan bagi memastikan gigi Muhammad sihat dan tidak rosak.



Pesan doctor gigi bila mula-mula terjadi gigi tercabut…


     Pegang gigi di bahagian atas atau kepala gigi yang bewarna putih

     Jangan pegang di bahagian bawah atau bahagian akar gigi.

     Kalau gigi kotor, lalukan air bersih yang sejuk selama 10 saat

    Kalau gigi boleh dimasukkan kembali pada soketnya ambil sapu tangan yang bersih, gigit kuat-kuat

    Kalau gigi tidak boleh dimasukkan, rendam gigi yang tercabut dengan air liur atau susu segar. (bukan susu sejat atau susu pekat ye..)

     Terus pergi klinik untuk rawatan. Sebaiknya dalam 30 minit.



Semasa Muhammad terjatuh, gigi Muhammad boleh dimasukkan kembali ke dalam soketnya. Sampai di klinik gigi, doctor terus keluarkan surat untuk refer ke Hospital. Untuk terus rawatan akar. Di hospital kaedah yang dibuat adalah TOOTH AVULSION.


          Rawatan dari doctor


               Gigi yang telah dimasukkan ke dalam soket, dan soket dalam keadaan bersih.
         
   Selepas masukkan gigi tekan tulang bahagian depan dan belakang ( dekat langit2) supaya ianya rapat.

    Splinting gigi dibuat supaya gigi tidak tertanggal, tercabut atau turun atau naik sedikit dari gigi yang lain-lain. (Pengikatan dengan dawai)

     Dawai dilekatkan di bahagian gigi bersebelahan untuk memegang gigi tersebut.

     Proses ini dibuat /dilekatkan selama 7 hingga 10 hari.

       Jika gigi tersebut masih goyang ianya dibiarkan lama sedikit dari 2 minggu hingga 8 minggu.


Pengendalian / penjagaan di rumah

     Jangan gigit pada gigi yang diikat

     Makan makanan yang lembut sahaja

     Kebersihan gigi perlu dijaya bagi mengelakkan jangkitan kuman
          Rawatan Susulan

     Bila gigi tersebut telah kukuh dan tidk bergoyang, dawai (splinting) boleh dicabut.

     Rawatan endodontik akan dilakukan. Bagi memastikan akar berfungsi atau tidak pada gigi tersebut. (Rawatan ini kita jumpa entry seterusnya)

Peringatan :
# Kaedah ini untuk gigi kekal sahaja
# Jangan buat pada gigi susu


Alhamdulillah, gigi Muhammad telag kembali sihat dan akarnya juga berfungsi dengan baik. Rawatan susulan akan dibuat pada Februari 2017. Sekarang, kena pastikan gigi dijaga dengan baik. Malangnya, gigi along dah tak dapat diselamatkan. Walaupun giginya masih disimpan tapi ianya sudah tidak berfungsi.


So, ibu-ibu dan ayah-ayah…. Pastikan gigi anak anda tidak missing tanpa kerosakan. Gigi adalah anggota paling banyak digunakan. Nak makan, nak cakap pun kena ada gigi, kalau tidak cakap pun tak lancarkan….


Salam ibu dari Kakyan

         


No comments: