Saturday, November 26, 2016

Ketawa Sembuh Penyakit

Badut Bantu Ketawa

Ada badut di hospital menghiburkan pesakit terutama kanak-kanak. Untuk apa? Orang tengah sakit, diorang nak buat lawak. Dorang ni ketawakan orang sakit ke? Perlu ketawa masa sakit. Kena serius ke?

Kalau korang tahu betapa nikmatnya ketawa, pasti nak ketawa tanpa henti. Pasti tidak ada sehari pun dalam hidup kita yang bersedih dan berduka lara. Cuba perhatikan, semakin kita berusia, kita semakin serius dalam kehidupan. Masa kecik atau masa remaja, kita pasti bergembira dan mudah senyum dan ketawa. Dikatakan orang dewasa hanay ketawa 15 kali berbanding kanak-kanak yang mampu ketawa sehingga 400 kali.



Seperti kata bijak pandai, cukuplah sekali ketawa menunjukkan anda masih hidup. Dua kali ketawa masalah mampu diatasi. Jika tiga kali ketawa, menunjukkan adanya harapan dan optimisme. Empat kali ketawa menunjukkan anda mampu mengatasi masalah dengan baik. JIKA ANDA KETAWA LIMA KALI ATAU LEBIH, IANYA MEMANJANGKAN USIA.


BENAR!!!!!
Jika anda seorang yang mudah sakit dan mengimpikan usia yang panjang, belajarlah untuk lebih tenang dan positifkan diri serta banyakkan lah ketawa. Ianya pasti boleh menpercepatkan penyembuhan selain dengan ubat-ubatan. Namun anda seharusnya tahu bukan sekadar ketawa biasa tapi menurut perspektif kesihatan, KETAWALAH BERDEKAH-DEKAH SEHINGGA MENGALIRKAN AIRMATA. Pernah tak anda ketawa sehingga tubuh mengalami sensasi kesemutan dan wajah bertukar kemerah-merahan? Itulah tanda otak sudah membebaskan endorphin ke seluruh tubuh.

Menurut kajian, ketawa berupaya mencetuskan perubahan dalam otot dan system pengeluaran hormone imuniti. Seseorang yang boleh ketawa sehingga sneak perut dalam tempoh sepuluh minit mampu memberikan KELEGAAN TERHADAP PENYAKIT BERKAITAN PERUT SEPERTI GASTRIK, ULSER DAN JUGA PERNAFASAN. Ianya turut diakui oleh pakar serata dunia.

Berita baik!!!!!!!!
Untuk anda yang malas bersenam, ketawalah berdekah-dekah selama 15 minit yang mampu membakar 40 kalori. Dalam kajian lain pula, ketawa 100 kali mampu menghasilkan latihan otot-otot yang sama dengan 10 minit berdayung atau 15 minit mengayuh basikal.

Namun, tidak semua orang dilahirkan mudah untuk ketawa. Untuk golongan ini, bolehlah mencuba yoga ketawa dengan menepuk tangan ambil melaungkan hohohahaha yang terbukti boleh dijadikan terapi berkesan untuk melawan perbagai penyakit. Malah ada yang sukar menghilangkan ketagihan merokok selama 40 tahun dan berjaya menghentikan dengan melakukan terapi ini.

Jom kita aktifkan cara penyembuhan semulajadi dalam tubuh kita dan memandang serius terhadap jenaka, pasti seluruh badan merasai manfaatnya.

Jom bersama Kakyan yang memang suka ketawa. Gelak sakan walaupun kadang-kadang ada masalah. Lupakan masalah, lupakan sakit, Jom kita ketawa.

Kakyan yang suka ketawa




No comments: