Sunday, October 30, 2016

Tugas Suami Ketika Isteri Berpantang




1. Sediakan air mandian untuk isteri. Lebih manis kalau suami boleh buat air mandian rebusan akar kayu, supaya isteri lebih segar dan sihat.



2. Sediakan sarapan di awal pagi. Kalau mak-mak kat kampung mesti sediakan sarapan nasi. Katanya untuk susu lebih pekat dan tak lapar cepat.



3. Suami boleh mandikan bayi . Kalau takut pun beranikan lah. Bukan susah pun. Anak awak kan. Paling tidak pun sediakan air mandian dan pakaian bayi.



4. Kalau ada anak-anak yang lain, tugas uruskan perlu pada suami. Jangan pulak isteri dalam pantang pulak yang uruskan. Sian kat isteri tu. 


5. Sediakan kelengkapan isteri seperti air minuman, baju, tuala dan apa saja yang isteri mahukan. Jangan la biarkan isteri bangun duduk ambik sendiri.


6. Sentiasa ada di sisi terutama jika isteri perlukan apa-apa. Itu kalau cuti lah. Jangan pulak cuti tapi lepak kat luar rumah.


7. Sila lah bersihkan rumah terutama yang berada persekitaran isteri yang sedang berpantang. Nanti runsing pulak isteri menengok rumah bersepah. Jangan sampai isteri pulak yang kemas.



8. Isteri yang dalam pantang mudah tersentuh emosinya. Berilah kata-kata semangat untuk isteri anda.

9. Isteri ber[antang bukannya lama sangat  pun. Inilah masa untuk isteri menerima pertolongan si suami. Tapi kalau selalu pun apa salahnya. Bukan keluarga orang lain pun kan.


Hargailah isteri anda untuk melahirkan keluarga bahagia dunia dan akhirat.

Salam Sayang dari Kakyan
Ibu Beranak Enam

https://web.facebook.com/Ibu5Azri


No comments: