Sunday, October 30, 2016

Perlukah Mengunyah Dengan Betul Ketika Makan

Kenapa perlu mengunyah makanan secukupnya?



Mengunyah makanan sangat perlu bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pasti ramai yang tidak mengunyah makanan dengan betul. Bagi kanak-kanak adakah ianya memberi risiko buruk atau boleh mempengaruhi pertuturan dan juga system penghadaman?

Keupayaan mengunyah bergantung kepada umur dan peningkatan saiz badan. Kematangan gigi juga sangat mempengaruhi. Berdasarkan penyelidikan, kebiasaannya orang biasa mengunyah setiap gigitan makanan sebanyak 14 hingga 20 kali sebelum menelannya.

Mengunyah makanan merangsang pengeluaran air liur yang mengandungi enzim alfa-amilase dan membantu penghadaman. Tindakan enzim berakhir apabila makanan dicerna memasuki usus kecil. Usus kecil mempunyai keupayaan mengeluarkan hormone (neorontransmitter) yang dibawa melalui darah ke pusat mengesan ‘rasa kenyang dan penuh’ di otak semasa seseorang makan. Disebabkan itulah, MENGUNYAH MAKANAN SECARA PERLAHAN DAN KUNYAHAN YANG LAMA MEMBANTU MENGELAK MAKAN BERLEBIHAN.

Kebanyakan kanak-kanak gemar menelan makanan daripada mengunyah dengan betul. Ini adalah kerana beberapa factor;

i)                   TABIAT
Pasti ibubapa selalu aktif menunjukkan makanan termasuk mengunyah makanan dengan betul. Ianya pasti menjadi ikutan kepada anak-anak.

ii)                 TIDAK BERUPAYA UNTUK MENGUNYAH
Tidak berupaya mengunyah disebabkan kehilangan gigi, penyakit gusi dan kerosakan gigi. Ibubapa perlu membawa anak-anak berjumpa doctor untuk dirawat.

iii)               MULUT ATAU TEKAK KERING
Mulut kering boleh menjadi tanda penyakit-penyakit tertentu atau kerana ubat-ubatan . Minum banyak air boleh mengurangkan kekeringan mulut. Mengisap gula-gula juga boleh merangsang lebih air liur yang dihasilkan oleh kalenjar air liur. Elakkan memakan makanan pedas dan masin yang boleh menyebabkan sakit di dalam mulut.

iv)               ULSER APHTHOUS
Luka-luka di mulut, biasanya dipangkal gusi, bibir dan dalam mulut.

v)                 GIGI GERAHAM ROSAK ATAU SAKIT
Rawat atau bawalah anak anda ke klinik pergigian bagi masalah ini secepat mungkin bagi mengelakkan ianya berlarutan.

Pemakanan kanak-kanak sangat perlu diawasi bagi perkembangan dan pertumbuhan otak dan tubuh badan. Badan yang cergas dan sihat menghasilkan pembelajaran yang baik.

Kalau anak anda kuat makan atau gemar makan, pastikan ianya mengunyah makanan dengan baik bagi mengelakkan anak anda makan berlebihan.

Salam sayang dari Kakyan




No comments: