Peria yang sayur tau, bukan peria
indonesia. Kakyan sanggup makan makanan yang pahit dari makanan yang manis.
Sebab yang pahit akan manis akhirnya... chia..chia..chia
Kakyan memang suka makan sayur
peria. Sebab arwah mak dulu pun suka, selalu masak, jadi secara tak langsung
jadi la suka. Dulu mak masak tumis pedas pecah telur, sedapnya. Kadang-kadang
kalau yang masih muda buat ulam. Tapi kena hiris halus-halus, xde la rasa pahit
sangat. Orang tua-tua ajar nak bagi hilang skit pahitnya, lepas potong rendam
air garam.
Peria atau nama saintifiknya
Momordica antara sayuran yang berkhasiat dan paling mendapat perhatian dalam
perubatan moden. Peria di Malaysia yang Kakyan kenal ada 2 jenis, yang panjang
dengan warna yang agak kurang hijau. Entah apa namanya pun Kakyan tak tau. Satu
lagi peria katak, kecik dan warnanya hijau pekat. Memang banyak di pasaran
peria telah dikomesilkan. Pil peria, teh peria, kapsul peria dan lain-lain
lagi.
Peria mempunyai banyak khasiat,
walaupun ianya pahit. Ramai juga yang mengemarinya. Peria mengandungi
protein,lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium. Banyakkan!..
Kira penuh khasiat tau. Memang berbaloi makan peria ni.
Antara khasiat yang sering arwah
mak Kakyan ingatkan untuk makan peria dan buat ala-ala ubat :
i. Buat air rebusan peria untuk
sejukkan badan.
ii. Untuk kawal bacaan kencing
manis, makan peria sebagai makanan harian. Ini kerana peria dipercayai
mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.
iii. Bagi ibu yang baru bersalin
dan kehilangan darah yang banyak juga disyorkan minum air rebusan peria.
Antara khasiat lain adalah,
iv. Perubatan cina menggunakan
peria bagi mengubati asthma dan haid yang lewat.
v. Peria juga boleh mengelakkan
jerawat yang teruk kerana ainya mengandungi ciri penulenan darah.
vi. Ianya juga boleh mencantikkan
kulit
vii. Ianya juga dipercayai boleh
mencuci darah dan mengelakkan berlakunya bisul, kudis buta dan gatal-gatal.
Wah!!!
Banyak nya khasiat peria kan. Itu baru sikit yang Kakyan tau. Mesti ada bayak lagi. Disamping makan peria untuk khasiat semulajadi, Kakyan juga makan supplemen. Maklum la, sekarang pun susah nak cari peria yang betul-betul berkhasiat macam dulu-dulu. Sekarang banyak sangat produk sayuran dan buah-buahan yang terGANGGU GENATIKnya. Manusia rakus nak cari keuntungan dengan cepat. Nak tunggu buah-buahan tu masak dengan sendirinya lambat pulak. Makan banyak la kaedah nak cepatkan tumbesarannya.
Banyak nya khasiat peria kan. Itu baru sikit yang Kakyan tau. Mesti ada bayak lagi. Disamping makan peria untuk khasiat semulajadi, Kakyan juga makan supplemen. Maklum la, sekarang pun susah nak cari peria yang betul-betul berkhasiat macam dulu-dulu. Sekarang banyak sangat produk sayuran dan buah-buahan yang terGANGGU GENATIKnya. Manusia rakus nak cari keuntungan dengan cepat. Nak tunggu buah-buahan tu masak dengan sendirinya lambat pulak. Makan banyak la kaedah nak cepatkan tumbesarannya.
Cer carikan Kakyan buah tembikai bijinya hitam, susah kan. Yang ada dipasaran bijinya putih lagi. Entah berapa la usianya kan? Jom kita amalkan makan makanan yang non GMO. Agak susah tapi masih ada, kena rajin cari. Kalau jumpa ... pastikan terus amalkan.
Selamat makan makanan berkhasiat
dan supplemen yang semulajadi macam makan sayuran dan buah-buahan.
Salam Kasih Dan Sihat
Kakyan
No comments:
Post a Comment