Tip Merawat Demam
Bagi seorang ibu, anak
demam satu perkara yang sangat dirisaukan. Kalau Kakyan, seperti separuh jiwaku
pergi. Jiwang pulak, tapi itulah realitinya. Bukan kata ayah tak risau, tapi mungkin
ibu tak pandai nak sorok rasa kerisauan. Mula la nak buat macam-macam cara. Tu
yang keluar macam-macam tip merawat anak demam.
Tip Merawat Demam |
Ada macam-macam cara
bagi merawat demam yang kita guna dari kaedah merawat deman cara tradisional
mahupun cara moden. Kadang-kadang tercipta juga kaedah yang macam tak logik dan
kelakar. Tapi itulah, nak anak bagi dari demam punya pasal, semua pun boleh.
Kakyan nak kongsi
tip-tip merawat demam. Tip yang mudah dan senang untk dibuat terutama merawat
demam dari rumah kita sendiri.
✿ Ambil suhu
badan 4 ke 5 jam sekali.
Mudah
ambil suhu di bawah ketiak dengan menggunakan thermometer
✿ Jangan berselimut atau memakai baju panas
Memakai selimut atau baju
ketika demam adalah satu kesilapan. Udara panas yang tak boleh keluar
menyebabkan suhu naik dengan mudah dan boleh terjadinya kekejangan.
✿ Mandikan dari
kaki ke kepala
Teknik
ini boleh digunakan kepada bayi mahupun dewasa.
✿ Rehat dan
Tidur
Tidur
dan rehat secukupnya bagi menghasilkan antibody dan boleh merawat demam dengan
lebih efektif.
✿ Makan
Buah-buahan
Pilih
buah seperti oren, epal atau belimbing bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
✿ Madu beri
tenaga segera
Kesan
antimikrob menghalang pembiakan kuman dan mengandungi kandungan vitamin C yang
tinggi.
✿ Ubat turunkan
panas badan
Ubat
penurunan panas bukan satu cara penyembuhan hanya untuk memberi rasa selesa dan
mengurangkan rasa sakit.
✿ Makan makanan
bernutrisi
Makanan
seperti bubur nasi mudah dicerna dan bernutrisi.
✿ Tuam dengan
air suam
Kebiasaan
kita, menuam dengan air sejuk. Ianya memang cepat menurunkan suhu badan tetapi
mudah juga naik kembali. Tuam dengan air suam di dahi, leher, sekitar bawah
lengandan seluruh badan.
Banyak
kan, cubalah buat untuk merawat demam terutama pada anak kita. Arwah mak Kakyan
selalu pesan, kalau demam mandi mesti seawall subuh. Jangan mandi lewat. Basah
seluruh badan dari kaki hingga kepala.
Ada
juga yang tak bagi mandi kalau demam, itu salah. Mandi dengan air suam sangat
digalakkan kerana mampu membuatkan pori-pori dan pembuluh darah membesar dan
mempercepatkan panas keluar dari tubuh badan kita. Ia juga boleh memberi rasa nyaman dan
membunuh kuman dipermukaan kulit kita.
Kakyan pun buat macam-macam asal kata boleh merawat demam. Ala-ala tradisional pun ada. Melumur dengan air asam jawa pun Kakyan buat. Mandi dengan air daun bunga raya yang paling best.
Ikhtiar dan usaha beserta doa untuk kesihatan melengkapkan tip merawat demam. Moga kita semua panjang umur beserta kesihatan yang maksimum.
Kakyan
012-3851407
012-3851407
https://web.facebook.com/KioskFamiliSihat
https://web.facebook.com/Ibu5Azri
No comments:
Post a Comment