Saturday, October 22, 2016

Merawat gangguan makhluk halus

GANGGUAN pada anak-anak

Rasukan atau gangguan makhluk halus terhadap manusia biasanya mempengaruhi bahagian kepala. Otak mengawal sistem tubuh manusia. Sekiranya makhluk halus telah menguasai otak manusia, percakapan dan pergerakan akan tidak terkawal.

Makhluk halus bukan sahaja boleh menggangu orang dewasa, kanak-kanak juga boleh menjadi mangsa. Tanda-tanda gangguan mahkluk halus pada kanak-kanak adalah :
  • ·        Perasaan dan emosi tidak terkawal
  • ·        Waktu tidur terganggu
  • ·        Perubahan bau badan (busuk) terutama di bahagian kepala
  • ·        Terlalu lama di dalam tandas, berkhayal atau bercakap sendirian dalam tandas
  • ·        Selera makan terganggu
  • ·        Pembelajaran terganggu
  • ·        Masalah dengan ibubapa juga adik beradik
  • ·        Ibadah terganggu
  • ·        Perubahan suhu badan (demam)

 Sekiranya tanda-tanda ini berlaku, ianya adalah gangguan makhluk halus yang ketara :
  • ·        Mudah dirasuk iaitu tingkah laku aneh dan negetif dalam keadaan tidak sedar atau separa sedar.
  • ·        Emosi panas baran yang melampau tanpa mengenal siapa termasuk ibubapa
  • ·        Takut yang melampau seolah-olah melihat atau mendengar sesuatu yang menakutkan.
  • ·        Mendapat sakit yang berat seperti demam yang melampau atau yang demam yang tidak tahu mana puncanya.


Bagaimana untuk MENGATASI gangguan makhluk halus pada kanak-kanak .
  • ·        TIDAK TIDUR SELEPAS WAKTU ASAR. 

Waktu ini adalah masa perubahan menyambut malam. Dikatakan pada waktu itu, makhluk halus atau jin-jin aktif menjelang magrib sampai subuh.
  • ·        PASTIKAN PEMAKANAN YANG BERKHASIAT DAN DIMASAK SENDIRI

Jika dikhuatiri sudah ada gangguan makhluk halus buatlah sup kosong yang mengandungi,
            #Bawang putih
            #Bawang merah
            #Kayu manis
            #Bunga lawing
            #Lada hitam
            #Sedikit jintan manis (habbatus sauda)

Bacalah dengan,
            #7 kali Al-Fatihah
            #7 kali ayat Kursi
            #Bismillah sebanyak mungkin (ketika sedang masak sehingga siap)
Berilah sehingga 21 hari. Insyaallah dengan izn Nya hilang pengaruh jin dan badan menjadi ringan.

Amalan sebelum tidur ;
  • ·      Anak-anak yang sudah mumaiyiz, sudah solat dan tidur dengan suci dari segala hadas serta berwuduk sebelum tidur.
  • ·        Bacalah Al-fatihah, ayat Kursi, Al-ikhlas, Al-falaq, dan An-nas sebelum tidur
  • ·        Suruh anak-anak menyerahkan urusan kehidupan, pelajaran dan segalanya kepada Allah dan tenangkan seluruh anggota badan serta menarik nafas dalam-dalam sambil mengucap syahadah.
  • ·        Teruskan membaca Basmallah sehingga tidur
  • ·        Elok dibacakan ayat-ayat ruqyah mengiringi proses tidur anak anda.








Amalan bangun tidur ;
  • ·      Sebelum anak bangun tidur, pasangkan semula ayat ruqyah sambil niatkan moga Allah memberi keberkatan, kerahmatan dan keselamatan pada anak kita.
  • ·        Pastikan anak bangun dengan doa bangun tidur.
  • ·        Pastikan anak membaca taawuz sebanyak 3 kali
  • ·        Pastikan anak mandi dan solat subuh


Jom kita sama-sama amalkan untuk keberkatan dan keselamatan daripada Allah Taala.

Kakyan 

www.facebook.com/Ibu5Azri
www.facebook.com/KioskFamiliSihat


Kredit : Majalah Q&A


No comments: