Saturday, October 15, 2016

Demam Sawan

Jangan Panik

Bila tengok mulut Eiman dah biru dan berbuih, matanya pulak dah ke atas. Badannya macam kekejangan, serius memang panik. Tak boleh nak fikir, rasa nak nangis. Perkara yang terlintas masa tu, kena mandikan Eiman. Basahkan seluruh badan Eiman. Eiman kena demam sawan atau ada yang panggil sawan tarik.

Dah 2 kali Eiman kena demam sawan. Mula-mula haritu bulan 4, masa Kakyan sarat mengandung. Yang terbaru ni 2 minggu lepas. Masa mula-mula tu memang tak boleh fikir. Kali ini dah mula boleh berfikir nak buat apa…tapi tetap tak boleh bertindak secara rasional dan berkesan.Sawan Tarik begitu mencemaskan.

Apa itu sawan?
Sawan adalah keadaan yang terjadi kerana perubahan yang berlaku secara tiba-tiba pada gelombang otak.

Apa pula demam sawan?
Ianya berlaku kepada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun kerana ada jangkitan virus atau bakteria pada otak dan saraf. Biasanya berlaku ketika demam mencecah 38 darjah Celsius.  

Demam Sawan ada 2 jenis.

·        Demam sawan ringkas. Kebanyakan demam sawan adalah demam sawan ringkas yang melibatkan seluruh anggota badan. Berlaku kurang 10 minit dan berlaku sekali sahaja dan tanpa berulang setiap kali demam.
·        Demam sawan kompleks. Ianya berlaku pada satu anggota badan sahaja seperti sebelah tangan atau kaki. Ianya berlaku lebih 15 minit dan berlaku berulang kali setiap kali demam.

Apa yang ibubapa perlu buat jika ianya berlaku?
·        Jangan memegang dengan kuat untuk memberhentikan sawan tarik
·        Jangan memasukkan apa-apa ke dalam mulut anak yang kena demam sawan
·        Letak anak dalam posisi mengiring bagi mengelakkan anak tersedak
·        Lihat jam untuk pastikan berapa lama ianya berlaku
·        Ianya akan elok sendiri dan bawalah anak anada berjumpa doctor
·        Sekiranya ada ubat spesifek seperti ubat secara suppository atau melalui dubur untuk menurunkan suhu

Jika ianya berlarutan atau berlaku melebihi 10 minit bawalah segera berjumpa doctor atau hubungi ambulan untuk kecemasan kerana dikhuatiri ianya  Epilepsi. Apa pula Epilepsi? (Kita  sambung entry seterusnya)

Perkongsian ini boleh digunakan bagi mengelakkan anak tercedera atau demam sawan atau sawan tarik yang berlanjutan . Alhamdulillah, Eiman makin sihat. Tapi Kakyan nak ingatkan, sekiranya ianya dah terjadi, berkemungkinan ianya akan berlaku lagi. Sama-sama kita jaga dan pelihara anak-anak kita dari segala penyakit. Mudah-mudahan Allah hindarinya dari anak-anak kita semua.

Salam Kasih Yang sihat
Kakyan






No comments: