Demam Rindu
Alhamdulillah Eiman dah sihat. Tinggal rengik + ngada-ngada je. Mintak dukung, mintak cium.
Jumaat lepas, jam 8.15 malam. Kak Yan dan keluarga baru lepas makan malan. Encik suami pun pergi kerja, shift malam. Kak Yan pun terus berkemas di dapur, anak-anak dengan aktiviti masing-masing. Kesemua anak-anak
Eiman dengan Muhammad main dalan bilik Kak Yan sambil jaga baby Luqman. Eiman pergi dapur minta Kak Yan minum ubat sebab dia memang dah demam dari pagi. Tapi demam ala-ala je. Orang kata dedo je.
Lepas minum ubat dia terus masuk bilik sambung main sambil ajak abang yang ketiga, Aji.
Tiba-tiba Aji panggil ... ibu... ibu... suaranya cemas. Akak dah agak apa yang terjadi. Aji dukung Eiman ke dapur, sah Eiman kena sawan tarik lagi. Ini kali kedua dia kena. Kali pertama bulan April yang lalu, masa itu Kak Yan tengah mengandung Luqman 8 bulan.
Perkara pertama yang Kak Yan fikir, masuk ubat buntot. Terus minta anak yang sulong ambil dan masukkan. Anak yang kedua terus bagi air untuk basahkan badan Eiman. Tapi Eiman masih tak sedar.
Mata Eiman dah ke atas. Bibir Eiman dah biru. Mulut Eiman dah berbuih. Pantas suruh anak pinggil Afie Afiza (jiran sebelah rumah). Akak dah boleh fikir. Yang terlintas masa itu, bawak pergi hospital.
Dengan pantasnya anak yang keempat ambil kunci. Jiran Kak Yan bawak Eiman g hospital. Kak Yan ikut dari belakang mendukung Luqman. Sampai hospital Eiman dah sedar pun tapi masih mamai.
Eiman dah sihat pun. Dah ligat aktif macam biasa. Terima kasih banyak-banyak pada yang mendokan kesihatan Eiman.
Sawan tarik tidak lah berbahaya sangat. Perkara pertama yang ibubapa kena tahu.... JANGAN PENIK. Tapi untuk kali kedua Kak Yan dah tak sepenik yang mula-mula jadi dulu. Tapi mahu tak penik bila tengok mulut dah biru, berbuih pulak tu. Anak ko... sapa tak risau.
Lepas ni Kak Yan cite pasal sawan tarik. Tunggu....
Sayang Azri,
Kak Yan
Kak Yan
https://www.facebook.com/Ibu5Azri
https://www.facebook.com/KioskFamiliSihat/
No comments:
Post a Comment