Impian Ibu Azri |
Impian Semua Umat Islam
Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara
tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di
luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.
Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di
awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu
10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang
masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada
masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.
Hari ini 10 September 2016 bersamaan 08 Zulhijjah 1437. Rasa rindu teramat sangat.
Semasa mengandung Luqman hampir 3 bulan. Alhamdulillah menjejakkan kaki ke sini. Terharu sgt.. hilang rasa mabuk mengandung. Tetiba sihat sampai lupa tengah mengandung..tak terkata keseronokan beribadat di sana. Rasa tak mahu blk. Impian terdekat akak nak dtg lagi ke sana menunaikan umrah..Membawa hero2 akak yang ramai tu.. 6 putera... aka 6 azri..
Impian kedua.. nak pergi sana di bulan ramadhan. Disamping impian dpt menunaikan haji di awal usia.. Pokoknya... nak ke Mekah lg..
Umrah 2015 |
Ya Allah... di bulan Zulhijjah ini, ketika seluruh umat Islam berkumpul di rumahMu...Kau makbulkan lah doa ku..Jemputlah aku dan anak-anakku ke rumahmu Ya allah. pada kawan-kawan .. doakan akak ye..Lg seronok kalau dpt ke sana dgn usaha biz
Shaklee..
Aamin...
Doa Norazian Ariffin & Mohd Ridhaini Ahim @ Ibrahim
https://www.facebook.com/KioskFamiliSihat/
No comments:
Post a Comment