Baked Meatball With Potato & Cheese
Baked Meatball With Potato & Cheese ala Ibu Azri |
Resepi ala-ala apa yang ada kat umah je ni..
Resepi untuk para ibu mahupun ayah yang senang dan ringkas
Jom kita share sam-sama...
Bahan-bahan :
1. Meatball (akk suka jenama Ramly)
2. Rencah menumis (Bawang merah, bawang putih)
3. Kentang (Potong ikut suka dan digoreng)
4. Daging hancur (klu ada... xde pun xpe)
5. Mozarella Cheese
Cara-cara :
Goreng meatball dgn sedikit minyak.
Goreng sedikit garing.
Angkat dan susun ke dalam alamunium foil
Cara-cara utk sos :
Tumis bahan menumis hingga naik bau.
Masukkan daging hancur.
Gaul hingga daging masak.
Masukkan kentang yg telah digoreng.
Masukkan serbuk perisa (garam dll)
Masak hingga agak kering. (jgn kering sgt)
Sediaakan baked :
Masukkan meatball yang telah digoreng dalam alamunium foil.
Kuantiti ikut besar bekasnya.
Masukkan sos ketang + daging ikut besar bekas.
Tabur mozarella cheese di atas.
Bakar dalam ketuhar selama 10 hingga 15 minit.
Sedia di makan.....
Selamat mencuba dari Akak....
www.facebook.com/Ibu5Azri
No comments:
Post a Comment