Eiman Putera Kelima
Kelahiran Anak Ke-5
Tanggal 11hb November 2012...lahirlah seorang lagi bayi lelaki yang kini ku namakan Muhammad Azri Eiman bin Mohd Ridhaini. Dengan hanya berat dilahirkan 2.75kg dan lahir pada genap kandunganku 34 minggu. Yang paling x disangka anakku ini dilahirkan secara pembedahan, sedangkan anak2 yang lain (4 dah sebelum itu) dilahirkan secara normal.
Semasa Mengandung
Kalau diimbas semasa mengandung, mula mengambil Set Hamil Shaklee pada 7 bulan kandungan, itu pun disebabkan hb selalu rendah. Hanya pu hanya ambil ESP + B Complex + Vitalea sahaja. Maklum la, nak bajetkan. Alhamdulillah hb ok, tapi batuk pulak x henti2. Disebabkan batuk yang agak kritikal, air ketuban agaknya dah mula kurang... tu yang dipaksanya bersalin secara pembedahan takut efek pada bayi.
Eiman Batuk Kokol
Selepas 2 minggu kelahiran, Eiman dibawa untuk pemeriksaan ke Klinik Kesihatan yang berhampiran. Didapati Eiman mengidap Batuk Kokol, mungkin disebabkan batuk yang ku alami semasa mengandungkan Eiman. Risaunya hati ibu, Allah saja yang mengetahuinya. Bila Eiman batuk, ibu lah yang sgt berjaga-jaga, takut menganggu pernafasan. Eiman di masukkan ke Hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Hampir 1 minggu ibu dan Eiman di Hospital, dah la duduk wad pengasingan. Hanya ibu dan ayah Eiman sahaja yang boleh melawat. Dalam masa yang sama, aku mula berfikir, supplemen apa yang boleh aku ambil untuk Eiman. Eiman hanya boleh mengambil supplemen setelah umurnya mencapai 1 tahun. Jadi ibulah yang perlu mengambil supplemen untuk Eiman, sebab Eiman menyusu badan sepenuhnya.
Set Berpantang Shaklee, supplemen yang sangat terbaik untuk Ibu dan Bayi yang baru dilahirkan. Ditambah pula dengan keadaan Eiman... x banyak sedikit sangat2 membantu. Eiman nampak semakin sihat, batuknya berkurangan cuma kalau musim panas @ jerebu .. batuknya akan datang kembali. Tapi Alhamdulillah sangat membantu, lebih2 lagi Omega Guard yang ku ambil untuk membantu masalah batuk yang aku dan Eiman alami.
Ok... cukup samapi sini dulu ye..... nanti sambung lagi pasal Eiman...
Salam Sayang dari
Ibu Azri
No comments:
Post a Comment